Mahir Masak (Intake 4) Minggu 1

14 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2026 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak (Intake 4) untuk minggu yang pertama. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas Mahir Masak ini telah diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu pertama ini, para peserta telah diperkenalkan dengan pengenalan kepada kursus mahir masak dan tenaga pengajar yang akan mengajar sepanjang kursus mahir masak berlangsung. Turut diterangkan juga adalah cara untuk menggunakan Mahir Training System (MTS).

Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali